Tuesday, December 26, 2006

[26 Disember 2006]

Genap 6 bulan pemergian Arwah sejak 26 Jun lalu. Sungguh cepat masa berlalu. Seolah-olah baru semalam masih bergelak ketawa bersama Arwah.

Naqib Awan (known as Abe Aje) sentiasa mengingatkan, biarlah kita jadi seorang yang hudhurul mu'assir. Kehadiran yang dirasai. You know what I mean...

Dan, Arwah telah membuktikannya...

Yie, bahagialah Kau di sana.

Thursday, August 17, 2006

Ulang tahun kelahiran..

[17 Ogos 2006]

Hari ulangtahun kelahiran ke-21 arwah.

Begitu awal beliau meninggalkan dunia. Baru 'kerja' sekejap, ALLAH sudah memanggil beliau. Kita yang masih hidup ini jugalah yang terpaksa 'bekerja' lagi demi redhaNYA.

Walaupun alam memisahkan kita, kau tetap hidup disisiku. Semoga kita bertemu lagi di alam sana... Yie....

Al-Fatihah

Monday, August 07, 2006

Majlis Tahlil

[4 Ogos 2006, Jumaat, Selepas solat Jumaat]

Majlis Tahlil Arwah diadakan di rumah arwah. Awan tak dapat menghadiri majlis tersebut kerana masih berada di Taman Ilmu dan Budi. Namun, ingatanku terhadapmu masih belum terhakis walau sedikit. Saban hari ku sedekahkan Al-Fatihah untukmu di sana.

Laporan ahli (sehingga 7 Ogos 2006):

8 orang di Lembah Klang
1 orang di Kuantan
1 orang di Negeri Sembilan
1 orang di Melaka
5 orang di Pantai Timur
2 orang di Utara

dan..

1 orang di Jannah, insyaALLAH...

Al-Fatihah...

Saturday, July 29, 2006

Pemergianmu

[Ini adalah antara lagu terakhir yang pernah di nyanyikan oleh arwah. Lagu ini dinasyidkan ketika Family Day di Bachok. Hayati lirik, khususnya yang berhuruf bold]

Oh Rasulullah...

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
Dipangkuan isterimu Humairah
Menunggu saat ketikanya
Diangkat ruhmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketengangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu


Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah pula untuk umat mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu...

InTeam [Tiada Lagi Kasih]

Friday, July 14, 2006

Pusara Arwah Mat Yie...



Inilah gambar pusara arwah Mat Yie...
Di pondok itulah Awan pernah duduk untuk membacakan Al-Quran dan bertafakur.

Yie... semoga kau aman di alam sana

Al-Fatihah...

p/s : Siapakah jejaka di tepi kubur arwah tu??

Sunday, July 09, 2006

Akhirnya kau pergi jua...

Nukilan : Hartini bt Noor

Dari kami....
baru mengenalimu...
kanak-kanak amirians..

Sesenyum Abe Yie...



Walau baru kami mengenalimu,
Tiada rasa asing dalam diri kami,
Kau sentiasa ceria dan periang,
Menggamit suasana dengan telatah.

Di saat kau ditimpa kemalangan,
Hati kami sayu dan merintih,
Menerima berita dengan air mata,
Agar kau diselamatkan olehNYA.

Ketika kau bergelombang dengan maut,
Banyak wayar terselit ditubuhmu,
Setiap hembusan nafasmu ada getaran,
Seperti menahan getaran yang amat mendalam.

Di hening itu.....
Kami menerima khabar pemergian mu,
Kau pergi jua menemui yang MAHA PENCIPTA,
Kau pulang kepangkuan pemilik kita semua,
TUHAN lebih menyayangimu.

Pemergianmu membakar semangat kami,
Agar kami meneruskan perjalanan,
Perjalanan kita tiada penghujungnya,
Menabur budi serta bakti...

Akan kami sedekahkan doa dan alfatihah,
Menjadi penemanmu dialam sana,
Abadilah dirimu bersama para solihin,
Moga-moga jannatul firdaus menjadi milikmu...

ALFATIHAH BUAT MUJAHID MUDA....
MUJAHID....
KHAIRIL AZRI MOHD ANNUAR...

Tuesday, July 04, 2006

Kau Sahabat Kau Teman 2

http://www.youtube.com/watch?v=cmUFVIopB9g